Social Icon

MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SK SRI TEBRAU,JB

Rabu

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W

Pada 28 Mac 2009 (Sabtu).Makdis SK Sri Tebrau menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Dimulakan dengan perarakan sekitar taman sutera didiringi dengan paluan kompang.seterusnya acara dewan pula dimulai dengan bacaan Al-uran yang disampaikan ole ustaz Zaidi bin ismail,bacaan Berzanji oleh adik Insyirah dari kelas 6 sri 2,Persembahan Kompang selawat yang dipimpin oleh ustaz Sahril bin Marsam,Ceramah Maulidurrasul oleh Ustaz Mat Saad bin Mahmud yang bertemakan wehdah pemangkin khaira ummah,Penyampaian hadiah-hadiah pertandingan sempena maulidurrasul dan hadiah "Tokoh Dakwah Murid" yang disampaikan oleh YDP PIBG iaitu en Ali Khan, Jamuan dan bersurai.Terima kasih kepada semua penderma-penderma dan AJK yang terlibat dalam menjayakan sambutan Maulidurrasul S.A.W pada kali ini.Mudah-mudahan segala usaha dan amal bakti kita mendapat keberkatan daripada Allah.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENYELARAS DAKWAH

Pada 10 Mac 2009(Selasa)..Diadakan Majlis peyerahan watikah pelantikan kepada penyelaras dakwahsekolah-sekolah negeri Johor bertempat di Kluang,Johor.Tahniah diucapkan kepada semua penyelaras dakwah Johor yantg dilantik.Tahniah juga pada penganjur terutamanya unit dakwah JPNJ diatas pelaksanaan majlis tersebut.Walaupun majlisnya tidak semeriah mana namun ia sudah cukup menunjukkan bahawa semua penyelaras dakwah sekolah dihargai.Terima Kasih .Banyak Ilmu yang diperolehi dalam mengembangkan dakwah Islamiah di sekolah.Terima kasih juga kepada WM panitiapijb.com atas pujian yang diberi dalam ceramahnya atas terhasilnya blog makdis sk sri tebrau secara tidak langsung ini akan memberi motivasi kepada yang lain untuk menggunakan pelbagai alternatif untuk menyebarkan dakwah sesuai dengan peredaran zaman kini.
Salam untuk semua.Pejam celik-pejam celik dah masuk bulan April.banyak maklumat yang tak diupdate rupanya.Kekadang akibat kekangan waktu tak berkesempatan nak update.Maaflah..apapun makdis Sri Tebrau tetap menjalankan aktiviti dakwahnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

UCAPAN/ CADANGAN/ MAKLUMAT LUAR

Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
MAKDIS ialah singkatan kepada Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah . Diharap dengan adanya laman ini segala aktiviti-aktiviti panitia agama Islam dan MAKDIS SK Sri tebrau akan mudah disebarkan dan dikongsi bersama.Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan sila email kepada : abinabihah@gmail.com

Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

BACALAH AL-QURAN.

Glitter Words