Boleh solat di atas kapal laut, kapal terbang, kereta api dan seumpamanya. Tidak ada halangan untuk berbuat demikian berdasarkan hadis daripada Ibn Umar bermaksud: “Nabi Muhammad ditanya orang mengenai solat di atas kapal, maka Baginda bersabda: Solatlah dengan berdiri kecuali jika takut akan karam.’’
Hadis ini bermaksud jika boleh solatlah dengan berdiri, jika tidak boleh duduk, kalau terpaksa boleh dengan berbaring.
Mengikut riwayat Abdullah bin Abi Utbah, beliau pernah menyertai Jabir bin Abdullah, Abu Sa'id AI-Khudri dan Abi Hurairah dalam satu perjalanan di atas kapal, mereka semua solat berjemaah dengan berdiri di tepi kapal (perahu). Demikian diriwayatkan oleh Sa'id bin Mansur.
Ketika solat sunat di atas kenderaan, maka tidaklah menjadi masalah apabila kenderaan itu jalan berbelok-belok sehingga mempengaruhi arah kiblat. Dalam keadaan demikian, sesuailah dengan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 115 yang bermaksud: "Dan Allah jugalah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana saja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah, sesungguhnya Allah amat luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa mengetahui."
Solat dalam Kapal Terbang
Seperti yang kita maklum, di dalam kapal terbang sekiranya tidak dibenarkan menggunakan air untuk berwuduk, dan juga tidak dibenarkan menggunakan debu tanah untuk tayamum demi keselamatan dengan kenyataan bersurat daripada pihak pengurusan kapal terbang, namun kita tetap wajib mengerjakan solat fardu pada waktunya tanpa bersuci kerana menghormati waktu.
Cara mengerjakan solat dalam kapal terbang:
Jika tidak boleh, dengan duduk di mana kadar tunduk rukuk kurang daripada kadar tunduk sujud. Selepas sampai di destinasi, jika masih ada lagi waktu solat itu, maka hendaklah diulangi (i'adah) semua solat yang didirikan dalam keadaan menghormati waktu tadi dengan segera, dan jika waktunya sudah luput, hendaklah diqada solat itu dengan segera juga.
Menghadap Kiblat
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan