Social Icon

MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SK SRI TEBRAU,JB

Khamis

Assalamualaikum, Murid-murid dan pengunjung sekalian.baru-baru ini kita dipertemukan dengan kejadian gerhana yang mana kejadian ini jarang-jarang berlaku pada kita.Alhamdulillah,dengan kejadian ini dapat membuka mata kita semua tentang ibadat yang mungkin belum pernah kita lakukanDi sini saya sertakan sedikit Ilmu yang dirujuk untuk amalan kita berkaitan dengan Solat gerhana.Moga mendapat manfaat.

Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana.
Dalil Pensyariatan
Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari
(1) Surah Fussilat, ayat 37,
لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;
“Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”

Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?

Perbezaan Antara Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari

Gerhana Bulan
1 Biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijri.

2 Berlaku pada waktu malam.

3 Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar).
Gerhana Matahari
1. Biasanya berlaku pada akhir bulan hijri
2. Berlaku pada waktu siang.
3. Disunatkan membaca secara khafiyy(perlahan)


Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana
1. Sunat mandi terlebih dahulu.
2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.
3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).

Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Beberapa Peringatan
- Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
- Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.
- Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
- Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.
- Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).
- Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
- Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).

Ahad

ڤرهاتين كڤد سموا موريد سري تبراو، سكوله اكن مڠنجوركن مجليس تلاوة القرءان ڤريڠكت سكوله ڤد 13 فيبرواري 2009 هاري جمعة. .انتارا اكتيۏيتي ڤرتنديڠن يڠ داداكن اداله سڤرتي تلاوة القرءان ﴿للاكي/ڤرمڤوان﴾ ،برزنجي﴿للاكي/ڤرمڤوان﴾ ،برچريتا﴿للاكي/ڤرمڤوان﴾ ،اذان﴿للاكي﴾،حفظن﴿للاكي/ڤرمڤوان﴾ ،توليسن خط/جاوي. بورڠ ڤڽرتأن سيلا داڤتكن درڤد استاذ دان استاذه ماسيڠ-ماسيڠ. شرط ڤڽرتأن اكن دتمڤلكن د ڤاڤن كڽاتأن ڤنيتيا اڬام د كنتين.والسلام..
السلام عليكم..سلامت برچوتي ڤد سموا ورڬ سكوله...باڬي قوم چينا كامي اوچڤكن سلامت مڽمبوت تاهون بارو چينا.. چوتي-چوتي جوڬ تاڤي صلاة جاڠن تيڠڬل.. والسلام

Isnin

PELANCARAN TABUNG BANTUAN PALESTIN
Tarikh:19 januari 2009
Hari : Isnin
Tempat:Dewan SK Sri Tebrau,JB

Diharap semua warga sekolah dapat menyumbang seberapa Ikhlas yang mungkin untuk sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh saudara kita di palestin..
Terima kasih... .. Moga Allah merahmati kita semua..amin.

Ahad


YA ALLAH ..SELAMATKANLAH SAUDARA KAMI DI PALESTIN..AMIN
KHUSYUK MENDENGAR CERAMAH

GURU & MURID Dalam majlis bacaan Yasin dan Tahlil







PEMBAHAGIAN BUBUR ASYURA.JGN LUPA BACA DOA TAU....

INILAH TOKOH MAAL HIJRAH 1430H PERINGKAT SK SRI TEBRAU,JB.BELIAU IALAH ADIK MOHAMAD HAFIZ BIN YUSOF DARI KELAS 5 SRI 1.MOGA MENJADI CONTOH UNTUK SEMUA MURID.TAHNIAH DARI SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH.
MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH & HARI ASYURA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU. ..Dimulai dengan bacaan yasiin, tahlil ,ceramah maal hijrah, anugerah tokoh maal hijrah dan jamuan bubur asyura...alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Isnin

BUBUR ASYURA-asal usul dan pengajaran

Bubur Asyura - Asal Usul dan Pengajaran

Dipetik daripada: http://al-haziq.blogspot.com/2008/01/bubur-asyura-antara-adat-syariat.htmlPerkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak""Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi. Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanyaفي يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدسوحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقولMaksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.

Ahad

SALAM TAHUN BARU

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430H dan tahun baru masihi 2009M.Makdis sk sri tebrau mengadakan sambutan maal hijrah dan kenduri bubur asyura pada 09 Januari 2009 bersamaan 12 Muharram 1430H dengan bertemakan "menjana ummah gemilang".Marilah kita bersama-sama menghayati hari kebesaran Islam.
Awal pena....:Salam kenal. Diharap blog ini dapat memberi manfaat pada kita semua.wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

UCAPAN/ CADANGAN/ MAKLUMAT LUAR

Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
MAKDIS ialah singkatan kepada Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah . Diharap dengan adanya laman ini segala aktiviti-aktiviti panitia agama Islam dan MAKDIS SK Sri tebrau akan mudah disebarkan dan dikongsi bersama.Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan sila email kepada : abinabihah@gmail.com

Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

BACALAH AL-QURAN.