Social Icon

MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SK SRI TEBRAU,JB

Khamis

BACAAN YASIN / BUDAYAKAN AL-QURAN

Setiap pagi jumaat akan diadakan majlis membudayakan al-Quran seperti biasa.Untuk murid tahun Enam ,terus ke surau untuk solat hajat.Diharap semua murid yang beragama Islam dapat membawa air masak dari rumah.Ini antara Ikhtiar kita selain dari berusaha belajar bersungguh-sungguh.Mudah-mudahan Allah terangkan hati kita semua.Bukan kita nak mengharapkan air yasin tapi ia umpama ubat yang kita makan ketika demam.bukan ubat itu yang menyembuhkan tapi Allah, ubat hanya sebagai asbab samalah juga air yasin yang kita usahakan.. Semuanya adalah kehendak Allah Rabbul Izzati.. . Pada murid yang terlupa membawa air ,InsyaAllah..kelab bilik guru dan kelab didik bistari akan membuat jualan air mineral pada jam 7.00 pagi.Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.Mahu seribu daya tak mahu seribu dalih.wassalam

Rabu

PAFA

Diharap semua murid yang beragama Islam dapat membaca/menghafal PAFA mengikut tahun masing-masing terutamanya murid-murid tahun 6.Boleh menghafal kepada ustaz dan ustazah mengikut tajuk yang diberikan.Diharap semua murid yang beragama Islam mengambil berat tentang ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) ini.Jika ada sebarang masalah sila berjumpa dengan guru Agama SK Sri Tebrau untuk bimbingan lanjut.usaha tangga kejayaan ."man jadda wajada"

UJIAN BERMULA

Assalamualaikum..
Ujian Penilaian Prestasi Murid kali pertama (UPPM 1) dijadualkan pada 17 Februari hingga 19 Februari 2009. Diharap semua murid membuat persiapan dengan sebaiknya.Walaupun hanya sekadar ujian namun perlu usaha yang terbaik.Ibarat kata pakar motivasi "Yang kecil itu besar impaknya".Untuk mata pelajaran pendidikan Islam ,ujian bermula 17 Februari 2009 pada jam 10.20 pagi. Pada murid yang tidak dapat hadir untuk mengambil ujian disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan sila berjumpa dengan guru agama masing-masing.Guru-Guru SK Sri Tebrau mendoakan kejayaan anak-anak didik semua. Moga berjaya. Ingan petua kejayaan :
DOA+USAHA = KEJAYAAN. Oleh itu jangan tinggalkan solat kerana solat itu merupakan doa.wallahua'lam.wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

UCAPAN/ CADANGAN/ MAKLUMAT LUAR

Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
MAKDIS ialah singkatan kepada Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah . Diharap dengan adanya laman ini segala aktiviti-aktiviti panitia agama Islam dan MAKDIS SK Sri tebrau akan mudah disebarkan dan dikongsi bersama.Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan sila email kepada : abinabihah@gmail.com

Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

BACALAH AL-QURAN.