Social Icon

MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SK SRI TEBRAU,JB

Rabu

BAHAN PEND.ISLAM & BAHASA ARAB

TERIMA KASIH

PETIKAN UTUSAN "robotik sk sri tebrau" TAHNIAH!!

SK Sri Tebrau naib johan Pertandingan Robotik Kebangsaan


Mohd. Hafiz Hussin melihat tiga muridnya yang memenangi tempat pertama peringkat negeri dan kedua peringkat kebangsaan pertandingan robotik (dari kiri) Eleen Lee Sia Jia Huey, T. Roshan dan Iliya Azfar Azhar berbincang mengenai robot di SK Tebrau, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 7 Okt. - Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tebrau di sini muncul naib johan kategori terbuka Pertandingan Robotik Kebangsaan 2011 yang berlangsung di Stadium Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Kemenangan itu melayakkan Iliya Azfar Azhar, 11; T. Roshan, 12, dan Eleen Lee Sia Jia Huey, 12, membawa pulang medal, plak, sijil dan satu set peralatan khas robotik sekali gus berpeluang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu bulan depan.

Kejayaan itu adalah berdasarkan hasil ciptaan mereka iaitu Robot Shoe Butler (RSB) yang berfungsi menyimpan kasut dengan lebih teratur dan dilengkapi sistem keselamatan.

Mentor projek tersebut, Mohd. Hafiz Hussin berkata, seramai 28 murid terlibat mencipta robot itu dengan bantuan empat guru tanpa meniru atau merujuk kepada mana-mana sumber.

"Persediaan dan penciptaan RSB dilakukan sejak awal tahun lagi dan semuanya adalah hasil dan idea murid-murid terlibat dan guru hanya membantu dari belakang.

"SK Sri Tebrau berharap dapat mempatenkan RSB selepas ini sebagai hak cipta kami," katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Beliau memberitahu, kos pembinaan RSB ialah hampir RM2,000 dan ia merupakan yang pertama kali dicipta untuk memudahkan kasut disimpan secara sistematik yang mana ia boleh digunakan di semua tempat awam termasuk di kawasan tumpuan orang ramai contohnya di masjid atau pejabat-pejabat kerajaan.

"Idea mencipta RSB diperoleh selepas seorang guru kami marah apabila melihat kasut murid-murid yang bersepah di luar kelas ketika aktiviti kokurikulum," katanya.

Roshan pula berkata, RSB berfungsi melalui sekeping kad menyerupai kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan bentuk robot itu akan disesuaikan mengikut keadaan sesuatu tempat dengan dilengkapi sistem keselamatan iaitu alat penggera sekiranya berlaku kecurian kasut.

Sementara itu, Eleen Lee menyifatkan RSB adalah mesra pengguna kerana orang kurang upaya (OKU) dan warga emas turut boleh menggunakan sistem yang disediakan khas untuk mereka

TEKS DOA PULANG SEKOLAH 2012

TUGASAN PEMIMPIN BACAAN DOA 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

UCAPAN/ CADANGAN/ MAKLUMAT LUAR

Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
MAKDIS ialah singkatan kepada Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah . Diharap dengan adanya laman ini segala aktiviti-aktiviti panitia agama Islam dan MAKDIS SK Sri tebrau akan mudah disebarkan dan dikongsi bersama.Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan sila email kepada : abinabihah@gmail.com

Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

BACALAH AL-QURAN.

Glitter Words