Social Icon

MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SK SRI TEBRAU,JB

Sabtu

PROSES TRANSFORMASI SKIN

Assalamualaikum... harap maaf sekiranya anda mengalami masalah ketika melayari laman ini.Laman ini sedang dalam proses untuk penambahbaikan dalam memastikan paparan lebih baik. InsyaAllah,blog makdis sri tebrau ini akan berwajah baru... sedang kumpulkan ilmu untuk mengubahsuai... tunggu....

Isnin

Murid tidak kira bangsa dan agama juga turut berkabung

Suasana di kantin..




Dalam kelas...

WARGA SKST BERKABUNG

Murid Pra Sekolah ikut berkabung

Contoh pakaian yang betul ketika berkabung yang ditunjukan ketika perhimpunan

Murid-murid SKST yang turut berkabung


Guru-guru turut memakai pakaian yang telah ditetapkan ketika berkabung

TATACARA BERKABUNG

Sebagai rujukan warga SKST


(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.

PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.



PAKAIAN DI UPACARA PEMAKAMAN

(a) Uniform Istiadat yang berhak. Lilitan kain putih 2 inci di songkok.

(b) Lelaki Melayu- Baju Melayu Teluk Belanga serba hitam, berkabung lilitan kain putih di songkok hitam.

(c) Lelaki Bukan Melayu- Lounge Suit warna hitam, tali leher hitam, selilit kain hitam 3 inci di lengan kiri.

(d) Segala Darjah-Darjah dan Pingat-pingat hendaklah dipakai.


KENALI SULTAN-SULTAN JOHOR

Jumaat

JADIKAN ISTIGHFAR SEBAGAI AMALAN

Tazkirah MAKDIS SKST kali pertama 2010

Suatu hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak hujan.

Maka Hassan berkata,
``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab,
``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah
``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya
beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata.

Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru.

Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: `
`Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah.

Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.

Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya.

Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Salam Perpisahan

Selamat berpisah kepada guru- guru yang bertukar dan selamat menjadi ahli keluarga SKST kepada guru baru yang akan menabur bakti di SKST..
MAKDIS SKST mengucapkan selamat berpisah kepada ustadzah Nai'mah (guru J-qaf) yang bertukar ke Gelang Patah dan selamat datang khususnya kepada Ustadzah Raudha bt Ismail dari Pasir Gudang yang menggantikan ustadzah Nai'mah.. sama-sama kita memperkasakan pendidikan Islam di SKST.

Tanamkan Niat yang betul...

solat-1

SALAM PERSEKOLAHAN

Selamat Bersua kembali kepada semua warga SKST dan selamat memulakan sesi persekolahan 2010 m/ 1431 h terutamanya anak-anak didik baru tahun 1.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

UCAPAN/ CADANGAN/ MAKLUMAT LUAR

Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
MAKDIS ialah singkatan kepada Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah . Diharap dengan adanya laman ini segala aktiviti-aktiviti panitia agama Islam dan MAKDIS SK Sri tebrau akan mudah disebarkan dan dikongsi bersama.Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan sila email kepada : abinabihah@gmail.com

Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

BACALAH AL-QURAN.

Glitter Words