Social Icon

MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SK SRI TEBRAU,JB

Isnin

SOLAT KETIKA BELAYAR...rujukan mymetro 15.06.09

. Solat adalah rukun Islam dan ibadat badan yang wajib dilakukan di mana saja, sama ada di daratan atau lautan. Bahkan Nabi Muhammad menunaikan solat ketika atas kenderaannya juga.

Seorang kelasi yang ada lama di lautan atau seorang pekerja pelantar minyak juga tidak terlepas daripada kewajipan ini. Tempoh yang lama bermusafir atau ada di lautan bukan alasan untuk tidak menunaikan solat. Bagi penentuan arah kiblat, kompas digunakan bagi melihat arah Kaabah.

Mereka yang menaiki kapal terbang biasanya dapat maklumat daripada juruterbang dan rasanya tidak susah juga untuk pelayar mendapat arah Makkah dan kaabah. Cara menentukan arah kiblat ketika di laut ialah dengan berpandukan kompas atau melihat arah mana matahari terbenam, maka itulah kiblatnya.

Jika terlalu sukar, anda boleh menghadap ke mana-mana arah seperti mana fatwa Muzakarah Ulama ke-76 pada 21— 23 November 2006 mengenai pelaksanaan ibadat di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika di ISS menunaikan solat sebagai tanggungjawab seorang muslim.

Sembahyang Jumaat adalah satu kewajipan kepada lelaki, kecuali dalam keadaan musafir. Oleh itu, terpulang kepada saudara untuk menunaikan solat Jumaat ketika bekerja di pelantar minyak kerana berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Ke-14 pada Oktober 1985 menyatakan, adalah harus bagi kakitangan kerajaan seperti polis dan tentera meninggalkan solat Jumaat kerana menjalankan tugas rasmi yang dikira sebagai uzur syar’ie dengan syarat tidak meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

Bagaimanapun, jika saudara tidak solat Jumaat, hendaklah digantikan dengan solat Zuhur. Syarat sah solat Jumaat ialah jemaah tidak kurang 40 orang yang bermukim, jika tiada syarat ini, tidak sah melakukan solat jumaat dan hanya dilakukan solat Zuhur.

RUJUKAN SOLAT JIKA ATAS KENDERAAN

Solat di atas kapal, kapal terbang, kereta api dan sebagainya.

Boleh solat di atas kapal laut, kapal terbang, kereta api dan seumpamanya. Tidak ada halangan untuk berbuat demikian berdasarkan hadis daripada Ibn Umar bermaksud: “Nabi Muhammad ditanya orang mengenai solat di atas kapal, maka Baginda bersabda: Solatlah dengan berdiri kecuali jika takut akan karam.’’

Hadis ini bermaksud jika boleh solatlah dengan berdiri, jika tidak boleh duduk, kalau terpaksa boleh dengan berbaring.

Mengikut riwayat Abdullah bin Abi Utbah, beliau pernah menyertai Jabir bin Abdullah, Abu Sa'id AI-Khudri dan Abi Hurairah dalam satu perjalanan di atas kapal, mereka semua solat berjemaah dengan berdiri di tepi kapal (perahu). Demikian diriwayatkan oleh Sa'id bin Mansur.

Ketika solat sunat di atas kenderaan, maka tidaklah menjadi masalah apabila kenderaan itu jalan berbelok-belok sehingga mempengaruhi arah kiblat. Dalam keadaan demikian, sesuailah dengan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 115 yang bermaksud: "Dan Allah jugalah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana saja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah, sesungguhnya Allah amat luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa mengetahui."

Solat dalam Kapal Terbang

Seperti yang kita maklum, di dalam kapal terbang sekiranya tidak dibenarkan menggunakan air untuk berwuduk, dan juga tidak dibenarkan menggunakan debu tanah untuk tayamum demi keselamatan dengan kenyataan bersurat daripada pihak pengurusan kapal terbang, namun kita tetap wajib mengerjakan solat fardu pada waktunya tanpa bersuci kerana menghormati waktu.

Cara mengerjakan solat dalam kapal terbang:


  • Sempurna rukun dan syarat sah solat seperti ada wuduk, menghadap kiblat, rukuk dan sujud seperti solat di atas bumi dan sebagainya. Sekiranya berkeadaan sedemikian maka diwajibkan mendirikan solat pada waktunya. Cara pelaksanaannya adalah dengan berdiri. Jika tidak berdaya maka dengan duduk di mana kadar tunduk rukuk kurang daripada kadar tunduk sujud.

  • Ada kekurangan dalam syarat sah seperti tiada wuduk atau tidak mampu mengadap kiblat dan sebagainya. Dalam keadaan itu, diwajibkan solat pada waktunya sebagai menghormati waktu. Cara pelaksanaannya ialah berdiri.

    Jika tidak boleh, dengan duduk di mana kadar tunduk rukuk kurang daripada kadar tunduk sujud. Selepas sampai di destinasi, jika masih ada lagi waktu solat itu, maka hendaklah diulangi (i'adah) semua solat yang didirikan dalam keadaan menghormati waktu tadi dengan segera, dan jika waktunya sudah luput, hendaklah diqada solat itu dengan segera juga.

    Menghadap Kiblat

  • Harus solat fardu atau sunat tidak mengadap kiblat kerana terlalu takut dalam peperangan. Hendaklah solat setakat mana yang boleh dan tidak wajib qada.

  • Bagi solat fardu di dalam kapal terbang, sekiranya boleh mengadap kiblat, maka wajib berbuat demikian, dan sekiranya dadanya berpaling daripada kiblat disebabkan perubahan arah kapal terbang, maka wajib kembali semula ke arah kiblat serta menyempurnakan solat itu, itu pun jika boleh berbuat demikian.

  • Sebaliknya, sekiranya tidak mampu mengadap kiblat, lakukanlah solat mengikut qadar kemampuan sebagai menghormati waktu, dan apabila turun dari kapal terbang, jika masih ada waktu lagi, hendaklah diulangi solat itu dengan segera, dan jika waktunya luput, maka hendaklah mengqadakan solat itu dengan segera.

    .
  • CARA MENCARI ARAH KIBLAT

    INFO: Kaedah Penentuan Kiblat

    Berpandukan kepada matahari dan bintang. Ia khusus apabila dalam keadaan terdesak seperti di tengah hutan belantara pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu

    > Cara 1.
    Pada waktu malam yang gelap, cari bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

    > Cara 2
    Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

    > Cara 3
    Jika pada waktu siang bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan terbenam. Arah terbit pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ia boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

    > Cara 4
    Dengan menggunakan posisi ¡Istiwa¢ iaitu matahari di atas Kaabah. Kaedah ini berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku dua kali dalam setahun dalam pergerakan matahari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.


    INFO: Kaedah moden tentu kiblat

    Pengiraan arah kiblat

  • Hitungan berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).
  • Membabitkan model Matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).

    Kompas Prismatik
  • Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas merujuk ke arah utara.
  • Arah utara magnet tidak semestinya bersamaan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.
  • Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan apabila ada bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas digunakan. Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat lebih sesuai tiada.

    Penggunaan Teodolit
  • Teodolit ialah antara alat moden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.
  • Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepatKedudukan Ka’abah dari beberapa negara
    kedudukan.

  • Ahad

    JOM WARGA SKST ,KITA ABC KAN DIRI..InsyaAllah bahagia

    A : Adil pada dirimu
    B : Beranikan dirimu
    C : Cekalkan hatimu
    D : Derma selalu
    E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
    F : Fikir sebelum bertindak terburu2
    G : Gembira selalu
    H : hormat orang tua
    I : Ingat akan tuhan
    J : Jangan berdusta
    K : Kasih akan daku
    L : Lemah lembut amalan semua
    M : Makan makanan seimbang
    N : Nafsu jangan dituruti
    O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
    P : Pentingkan kesihatanmu
    Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
    R : Rajin berusaha
    T : Tanamkan sifat bekerjasama
    U : Utamakan alam sekitar
    V : Variasikan pengalamanmu
    W : Wajibkan amalan membaca AQ
    X : X-ray diri sendiri
    Y : Yakin pada diri sendiri
    Z : Zalim jangan sekal

    DARI RAKAN UNTUK SEBARAN..wallahu'alam

    Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3

    ulat mulong haram

    Dari inbox admin

    Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3 minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin" .

    Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut sedikit perkongsian. Mohon sebaran

    Ulat Mulong

    Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.

    Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

    Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".

    Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

    Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

    ... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

    Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

    Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

    Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin

    Wallahualam

    KETURUNAN NABI


    all about Islam

    NAK LIHAT..?DOWNLOAD DULU YA AKHIE.



    Pemandangan Mekah 360 degree dari Bukit Hira.

    Arahan,

    Gerakkan mouse anda atau tekan f1 and anda boleh dapat macam macam function

    Mesti download:-


    Download HiraCave.doc

    PERNAH MELAWAT KILANG AL-QURAN?

    ANTARA PENYEBAB TIDAK BAHAGIA

    9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

    Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

    1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

    2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

    4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

    5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

    6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

    7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

    8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

    9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

    Kesimpulan
    Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

    Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

    So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

    Wallahualam"

    MAKLUMAT MENARIK

    Matahari akan berada tegak di atas Kaabah Pada 12.16 PM (28 Mei) atau 12.28 PM (16 Jul) waktu Mekah

    Waktu di Malaysia (KL) ialah pada 5.16 PM (28 Mei) atau 5.28 PM (16 Jul)

    Semasa matahari tegak di atas Kaabah seperti tarikh dan masa di atasa adalah masa paling sesuai untuk kita semak semula kiblat solat kita.

    Cara semak kiblat

    1. Tunggu sehingga 5.16 PM jika pada tarikh 28 Mei
    2. Atau…
    3. Tunggu sehingga 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    UCAPAN/ CADANGAN/ MAKLUMAT LUAR

    Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
    MAKDIS ialah singkatan kepada Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah . Diharap dengan adanya laman ini segala aktiviti-aktiviti panitia agama Islam dan MAKDIS SK Sri tebrau akan mudah disebarkan dan dikongsi bersama.Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan sila email kepada : abinabihah@gmail.com

    Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

    BACALAH AL-QURAN.

    Glitter Words